KUALA LUMPUR:Tiada kenaikan harga bagi barang kawalan setakat ini terutamanya cili merah dan bawang menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dalam tempoh seminggu ini, kementerian tidak menerima sebarang laporan kenaikan harga barang.
"Sekarang harga cili merah itu di tahap berpatutan, tiada insiden naik harga, sebenarnya turun pula.
"Harga bawang memang dah stabil, minggu lepas kami berjumpa pemborong bawang besar yang mengimport dari India dan mereka memberi jaminan bekalan bawang dalam beberapa minggu akan datang mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2021 di Pasar Borong NSK Kuchai Lama di sini hari ini.
Mengulas mengenai perbincangan membenarkan sektor perniagaan yang belum dibuka untuk beroperasi semula, Nanta berkata pengumuman berita baik mungkin akan dibuat dalam masa terdekat.
Bagaimanapun beliau mengingatkan semua pihak agar mematuhi dengan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Jadi jangan risau, sebab kerajaan mengetahui keperluan perniagaan ini dibuka.
"Selama setahun kita menghadapi COVID-19, sektor dan subsektor peruncitan bukan kluster yang mencatatkan jumlah (kes COVID-19) yang besar, ia satu sektor ekonomi yang tidak setinggi kes sektor seperti pembinaan, pembuatan dan perkilangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
Mengenai perbincangan membenarkan sektor perniagaan yang belum dibuka untuk beroperasi semula, Nanta berkata pengumuman berita baik mungkin akan dibuat dalam masa terdekat. - Bernama
Pelatih KAPGA meninggal dunia dipercayai akibat strok haba
Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) di Ulu Kinta meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.
Penyokong Persija Jakarta merusuh selepas tewas kepada Selangor FC
Sebahagian penyokong Persija Jakarta merusuh selepas pasukan mereka tewas 0-1 kepada Selangor FC dalam aksi Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024.
Pantau Agenda Reformasi: Pesta buku | Terjemah budaya membaca Malaysia?
Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
Pengusaha bimbang kenaikan caj masuk pelancong asing ke Pulau Perhentian
Caj di bawah seliaan Majlis Daerah Besut itu dijangka meningkat daripada RM5 kepada RM20 bagi setiap seorang pelancong.
Festival Sukan Tarian: Wakil Malaysia bawa pulang dua emas, satu gangsa
Pasukan sukan tarian negara merangkul dua emas dan satu gangsa dalam Festival Sukan Tarian 2024 di Bremen, Jerman.
Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai ini tidak dapat dilaksanakan.
Kereta langgar pagar Istana Besar
Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu melanggar pagar Istana Besar di Johor Bahru, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku kira-kira 3 petang dipercayai akibat permukaan jalan raya yang licin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku kira-kira 3 petang dipercayai akibat permukaan jalan raya yang licin.
Penduduk, peniaga di Lembah Klang mula simpan air
Peniaga di Pasar Moden Seksyen 16 Shah Alam mula menyimpan air bagi memastikan mempunyai bekalan mencukupi sepanjang tempoh gangguan air berlaku.
Gempa bumi dengan 6 magnitud landa Jepun
Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda Wilayah Ishikawa, Jepun awal pagi Isnin.
Tuah ganti rakan sepasukan tunai haji - Hasmunirah
Atlet boling padang para wanita negara, Hasmunirah Maliki menyifatkan kejayaan muncul juara pada penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan, baru-baru ini sebagai tuah.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.